Friday, October 22, 2010

bluberry cheesecake


my blueberry cheesecake
agak kurang blueberry diatas cake atas permintaan pelanggan yang tak suka manis..anda boleh isi penuh dgn blueberry kat atas tu

egg tart




my egg tart..rasa sekali nak lagi

Monday, October 11, 2010

mini muffin


salam semua..lama tak update blog.agak sibuk lately..ok ini gambar mini muffin yang ditempah orang kampung..(cu saleha)..anyway thanks cu!cu tempah 600pcs mini muffin siap bungkus untuk dijadikan door gift sempena perkahwinan anak perempuannya..ok sapa nak tempah macam ni bleh kontek saya

Tuesday, September 14, 2010

lebaran..








salam lebaran..hari ni masih lagi sawal ke 5.Alhamdulillah seronok sungguh raya tahun ni..biasala yg seronok cuti lama n balik kampung pun lama..tapi semalam dah sampai KL.
nak cerita raya tahun ni sangat meriah.kami sekeluarga bergotong-royong menyiapkan juadah pagi raya.letih yang amat..bayangkan ada 10kg udang,10kg daging rusa,10 ekor ayam pencen..ha!!banyak tak??macam kenduri kan?
sehari sebelum raya yakni hari khamis tu daripada pagi kami bertungkus lumus..rasanya kalau tak kuat iman haritu mau je buka pose..punyala letih!pastu bila berbuka 5 gelas air saya bantai dulu..Tuhan saja yang tau betapa dahaganya saya tambah dengan cuaca yg panas..malam tu kami makan buka puasa dengan lauk raya dah..malam tu plak saya siapkan tempahan fruit tart dari sepupu saya 100pcs..tak sempat n terlupa nak amik gambar..kira halal la..okla..mulai minggu depan saya dah sibuk dengan macam-macam hal..semoga dipermudahkan semuanya.amin

Thursday, September 2, 2010

salam aidilfitri



esok.jumaat..3 september saya akan mula bercuti (selepas waktu keje).dan dah mula balik kampung..so,dah susah nak online macam sebelum2 ni..so saya ambik kesempatan di sini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog saya..dan juga ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya tulisan saya bisa mengguris hati dan perasaan kawan2..semoga berjumpa lagi..babai

sherpherd pie




tarrrraaa!!!!sherpherd pie dah siap untuk malam ni.untuk berbuka..anakku pun suka..alhamdulillah kenyang seadanya..kalau nak resepi rasanya saya dah publish kat sini..cuba tengok kat label..kalau tak silap la..kalau saya silap...(hihi) nanti saya post kan resepi pie ni..mudah aje

Wednesday, September 1, 2010

kek nenas terbalik


salam ramadhan
alhamdulillah apa yang diimpikan sekali lagi tercapai..dulu rasa macam mustahil nak buat semua ni..sekarang ni Alhamdulillah menjadi semuanya..so kawan2 kalau nak buat tempahan bleh la ye..nama kek ni..KEK NENAS TERBALIK

Monday, August 30, 2010

salam 21 ramadhan..oven baru

dah 21 ramadhan..lagi 9 hari untuk beraya..dan..lagi 3 hari untuk balik kampung..hari nni perjanjiannya nak gi beli oven.dah dekat seminggu survey punya survey akhirnya jumpa yang besar,ok dan murah.bukan sebab saja2 nak beli oven baru tapi oven yg skrg ni memang dah tak elok..kalau setakat mufin,tart bolehla lagi.tapi kalau kek besar memang tak masak la jawabnya.rugi gak kalau ada org nak oder kek tak dapat saya siapkan.alhamdulillah rezeki lebih bulan ni dapatla merasa saya beli oven baru..ni tangah tunggu dua org hero ni tak bangun2 lagi.dengarnya kul 9 nak gi dah.

Saturday, August 28, 2010

buffet ramadan




hari ni kami sekeluarga keluar berbuka puasa ala buffet kat restoran four happy season.bagi saya la yg jarang gi buffet berbuka ni makanannya agak banyak dan sedap..sate dia best betul..lagi sedap dari sate kajang.besar pun bleh tahan n yg paling best kuah kacang dia memang power.(bg diri saya)..ada kambing panggang (ofkos barisan agak panjang sampaikan kami dah nak balik ada lg beratur nak amik kambing tu)..ada ABC,kuih muih yg pelbagai,lauk kampung yg best,nasi jagung,air tebu..Alhamdulillah kenyang sungguh..restoran ni terletak di wangsa maju,bersebelahan dengan NZ curry house.sapa nak gi bleh la kunjungi web restoran ni..
www.4happyseasons.com

Wednesday, August 25, 2010

bonus raya

salam pembuka bicara..
hari ni banyak peristiwa yang menyeronokkan terjadi..pertama HARI GAJI!sapa tak seronok kalau gaji dah dapat..dapat2 plak bulan ni anjakan gaji untuk tahun 2010.ada la lebih sikit...KEDUA..dapat tau plak petang tadi PM kita bermurah hati memberi bonus kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan sebanyak RM500.dan yg paling manis bonus tu diberi sebelum 1 Syawal..Alhamdulillah syukur padamu ya Allah..
tapi saya sedih gak dengan satu lagi rezeki yang belum kesampaian sampai sekarang..lama lagikah?dapatkah?harap-harap apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar tanpa penangguhan yg serius..
akhirnya harap2 kita semua dapat gunakan rezeki yang kita dapat sempena raya ni dengan sebaik mungkin..

Monday, August 23, 2010

crunchy tortila with salad n black pepper chicken n mushroom




inilah hasil untuk menu berbuka hari ni..dah boring makan nasi..try lak menda lain..hasilnya kenyang jugakk..nak resepi?tanya dulula..if ada request saya bagila resepinya

tengah ramadhan

alhamdulillah..salam pembuka bicara
hari ini kami buat satu transformasi..sebelum ni kami pakai broadband celcom..hari ini kami berubah arah pakai p1 w1max..alhamdulillah laju semacam..tapi kita sama-sama tengokla apa akan jadi akan datang..semoga hari-hari setrusnya lancar jugak..macam ni nak download or upload apa2 senang la sikit..
hari ni jugak saya dah mula dengar lagu-lagu raya..menusuk jiwa wa cakap lu..ee..tak sabarnya..tapi kemeriahan raya ni sebenarnya bermula bila kita dah mula shopping..tapi saya tak berkesempatan lagi nak shopping..bukan takde masa tapi takde duit..huhu..
okla,jumpa lagi dilain tinta

Thursday, August 19, 2010

keje..keje..keje

salam pembuka bicara..minggu ni macam-macam terjadi.puasa?Alhamdulillah rasa tahun ni agak kuat walaupun kesihatan tak dela ok sangat.masih batuk walaupun dah lebih 3 bulan kot.on off.hari ni boleh tulis dalam diari sebab kena observe dengan nazir..huhu..terima jela nasibku..Alhamdulillah baru-baru ni dapat sedikit anugerah pengiktirafan la kat sekolah ni.dan anugerah itu akan dapat sedikit imbuhan.tapi yang sedihnya tak taula macmana boleh tersalah no akaun plak yg saya punya..konfius betul la..bulan2 posa ni kalau dapat rezeki lebih memang nak sangat la..seramai 7 orang yg dapat,saya sorang yg tak dapat lagi..adusss.ada hikmah disebalik semua kejadian..huhu..okla tengah wat keje sebenarnya.babai

Saturday, August 14, 2010

ramadhan's planning..

salam ramadhan..hari ni dah 5 ramadhan..lagi 25 hari untuk ke syawal..kalau tengok nombor macam lambat lagi tapi rasanya pejem celik pejam celik jap je tu.tup.tup.dah nak raya nanti..puasa macamna?terawih macamana?baju raya macamana?kuih raya macamana?huhu..banyak nak pikir ni..lebih2 lagi kalau ada keluarga yang besar..saya ada sorang anak ni pun banyak pikir untuk dia sorang.biasa nya mak2 la yang selalu pening pikir pasal2 benda2 ni semua.ayah2 ni biasa rilek je.keluarkan duit je tupun kalau ada duit.hihi..dalam kepala ni dah plan nak beli sikit lagi baju wafi,amik baju melayu mereka berdua,tambah sikit baju kurung saya (ready made),kasut wafi,sandal saya,sandal baba wafi.bayar kuih raya yg dah berjaya ditunjuk dgn kawan2..hihi..apalagi ek?ooo..sijil beranak kereta ku yg sudah sampai untuk di renew..huhu..banyak tul budget yg harus dikeluarkan..satu lagi plan sebelum raya untuk membeli sebuah tabung untuk wafi.pasni duit raya terus masuk dlm tabung.dan lepas tu terus simpan dalam bank.Insyaallah lepas ni nak buat perancangan kewangan yg lebih baik lagi

Tuesday, August 10, 2010

Al~Mubarak

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi..sudah bersediakah kita merebut peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin..bagi sang isteri bersediala untuk memvariasikan menu untuk tatapan sang suami dan anak-anak.bagi yang berniaga masa inilah yang diambil untuk mengaut keuntungan..tapi biarlah mereka jual dengan ikhlas dan tidak mengkhianati kepercayaan para pembeli..dulu pernah mak saya beli air soya dah basi!saya ingat lagi mak saya cakap "khianat la org yg jual ni"..kita yang beli ni mengharapkan selera terbuka masa berbuka dengan air soya tu (saya tak kesah sebab saya anti soya!)..so beringatla wahai peniaga..
pada diri sendiri,semoga ramadhan kali ini memberi saya kerahmatan yang berlipat kali ganda..termakbul segala doa,dimurahkan rezeki berlipat kali ganda lagi..amin..

Sunday, August 8, 2010

hen nite cupcake



ini adalah tempahan istimewa daripada sharmila..rakan sejawat saya khas untuk kawannya yg akan berkahwin..thanks sharm
sesiapa yang berminat untuk tempah yg macam ni bleh kontek saya

Saturday, July 31, 2010

Afgan - PadaMu Kubersujud

A.H.A.D

salam..
hari ahad yang bosan datang lagi..suami kerja,anak 2 minggu sekali balik kampung..tinggal la mak nye sorang2 kay rumah tanpa kereta,hanya berbekalkan dua kaki,duit ada la sikit..nak buat apa??duk je la kat rumah..kemas apa yang patut..lap mana yang habuk..huhuhu..bosan sungguh..tapi sebenarnya hari ni saja la kalau nak rehat betul-betul pun..hari lain dah banyak kerja bising plak penat..mmm begitula lumrah manusia..asyik merungut je tau..terima jela apa pun yang terjadi pada diri kita..so,apa nak buat hari ni?pikir!pikir!pikir!..oo..malam ni wafi (my son) dinner kat hotel..ummi dia kat KL ni makan megi je kot..malas nak masak n kuar beli makanan.

Kentang daging keju

Bahan-Bahan:
Beberapa biji kentang(direbus)
daging cincang(sudah dimasak)
Sedikit mentega
keju mozarella
Cara:
Apabila kentang sudah direbus,belah dua dan korek tengahnya.Kemudian sapukan mentega di atasnya.Selepas itu,letak daging yg sudah dimasak ke dlm kentang itu.Baru taburkan keju ke atas daging. Bakar kentang itu selama 5-10 minit.

Grilled fish n chips

sekeping filet ikan tenggiri/ikan kod
1 sudu olive oil
serbuk lada hitam
air serai
serbuk bawang putih
segenggam cip kentang besar(beli)
bahan sos

5 sudu besar mayonis
daun celery( cincang)
serbuk paprika
1 sudu air lemon

Cara:
perap filet dengan olive oil, lada hitam air serai dan serbuk bawang putih.sebaik-baiknya 1 mlm. panggang filet di atas aluminium foil (kalau bbq) atau panggang dalam flat frying pan(non-stick).
bagi cip kentang, deep fry. bahan sos pula digaul bersama hingga sebati.
Cadangan Hidangan:
boleh gantikan cip kentang dengan mashed potato.
Tambahan:
cuba masak, rasa dan hantar komen.

cheesy baked mushroom

Bahan-Bahan:
Cendawan Tiram (Bersaiz besar)- 250 gram
Bawang Putih 5 ulas
Biji Lada Hitam 20 butir
Garam Secukur rasa
Mentega 1 sudu besar
Keju Cheddar/Parmesan (shredded)
Sedikit Minyak Sayuran
Sedikit Susu Tepung
Cara:
1.Tumbuk bawang putih bersama biji lada hitam dan ketepikan
2.Sapukan mentega di atas loyang
3.Susun cendawan tiram di atas loyang yang telah disapu mentega tadi dengan teratur
4.Taburkan Garam ke atas cendawan
5.Taburkan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi ke atas cendawan tersebut.
5. Taburkan sedikit keju cheddar/parmesan (shredded) berserta susu tepung ke atas permukaan cendawan tersebut.
6. Renjiskan minyak sayuran ke atas cendawan ini.
7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan suhu kira-kira 160 C selama 10 minit.

chilled cheesecake



bahan-bahan

1 1/4 cawan biskut perisa coklat (dihancurkan halus)....SAYA TUKAR BISKUT OREO>
50g mentega
500g krim keju (dicairkan)
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar jus lemon
1 cawan krim segar
100g biskut coklat (dihancurkan kasar)
3 sudu besar gelatin sayuran
1/4 cawan air suam

cara membuatnya
1-ambil biskut yg kasar tu campur ngan mentega.
2-kacau keduanya sebelum diterap dalam acuan pembakar bersaiz 20cm sbg dasar kek.sejukkan seketika
3-campurkan gelatin bersama air suam...(saya buat kaedah double boiler).
4-sambil tu kacau keju sampai lembut.tambah gula,pukul lagi.tambah gelatin tu kacau lagi.
5-setelah sebati masuk jus lemon,krim dan biskut hancur.kacau sebati
6-tuang atas bekas yg ada dasar biskut tasi.
7-masuk dalam peti ais balik..dalam 2,3 jam dah boleh makan

Friday, July 30, 2010

padaMu ku bersujud

PadaMu ku bersujud~Afgan


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Wednesday, July 28, 2010

birthday oreo cupcake




akhirnya siap juga walaupun kekeringan idea..thanks to eda madiha yg sudi mempercayai hasil kerastangan saya

Sunday, July 25, 2010

mencari ilham

apa nak wat untuk harijadi suami kawan ni?dia mintak cupcake tapi pandai2 la akak buat macamana...huhuhu..jenuh aku yg tak terrer ni nak ilhamkan kek macamana..Ya Allah berila ilham kepadaku untuk memudahkan proses nak menyiapkan kek tu..
hari ni jugak dalam masa sejam lagi nak memulakan projek strawberry muffin untuk kak lin plak..ni pun dah tertunggak seminggu sebab diorang satu family demam...insyaAllah esok aniq dapatla makan muffin ye..nway happy belated birthday aniq

Saturday, July 17, 2010

lawatan rumah kebajikan

hari ni saya mengikuti lawatan sekolah ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah,Cheras..kami pergi dalam 2 bas.cikgu 5 org.setelah berbagai rintangan dan hampir cancel saat skhir.tak tau la sapa yang dengki tak suka kami datang dah buat fitnah macam2 supaya kami cancel lawatan kami..aduss..kejamnya sungguh hatimu wahai pendengki.akhirnya kawan kami yakni penyelaras program call terus pada pengarah JKM Malaysia..rupa-rupanya tak de apa yg terjadi seperti yg diperkatakan.dan akhirnya kami sampai pagi tadi..17/7/2010~Sabtu .
aktiviti yg dijalankan agak terhad sebab diorang ada pekerja.yela sebab rumah tu under gomen..bukan hak persendirian.kanak2 kat situ pun makan mewah kalah kita kot.tapi saya sempat dengar beberapa cerita budak2 kat situ sangat sedih ceritanya..macam2 nasib yg kena kat diorang.bersyukur seadanya kita yang masih hidup bahagia..
saya sempat mengintai satu bilik khas yang menempatkan bayi.mungkin dari lahir sampai 2 tahun..Ya Allah..menitis air mata saya.sayunya hanya Tuhan sahaja yang tahu.lebih kurang 40 orang bayi kat situ.macamana hidup mereka tanpa kasih sayang ibu ayah.macamana kita yang dah jadi ibu ni menjaga anak dalam pantang macam menatang minyak yg penuh..tapi mereka kat situ tak dapat semua tu.pekerja yang ada pun tak cukup kalau nak jaga semua macam seorang ibu bagi pada anaknya sendiri.yang sedih bayi2 yang baru lahir.sedih!...sangat sedih.setiap kali saya tengok saya akan menangis..dalam jam 11 kami berangkat pulang setelah buat sedikit gotong royong.terima kasih pada pelajar yang memberikan kerjasama.terima kasih kepada penyelaras program..kak suzana,kak harlini,kak asiah dan kak yati

Tuesday, July 13, 2010

FRUIT TARTLET


taraaaa!!!inilah hasilnya..satu lagi impian jadi kenyataan..fruit tartlet ni first time aku hasilkan.first time buat just untuk perasmian minggu kemanusiaan kat sekolah..
pastry dia sama je resepi macam buat cheesetart tu..filling dia letak cream custard..then letak sahaja buah-buahan yang anda suka..yang ni saiz besar saya jual dengan harga rm2.20 sebiji..yg kecik saiz syiling 50sen saya jual rm0.80 sebiji..
HAPPY COOKING

Saturday, July 10, 2010

anniversary cuppies







ni gambar2 yg boleh dikatakan first tim buat 4 sale..thanks to nurhasniza kumaruzzaman yg oder.yg telah mengetest kebolehan ku..insyaAllah lepas ni aku buat yg lebih havoc..masa ni masa suntuk..fondant yg aku uli tak jadi plak..inilah hasilnya
gambar yg pertama tu tepung g lebih aku buat small cuppies bagi kengkawan makan

Tuesday, June 22, 2010

bila dah..

bila dah sakit...
otak takleh berfikir dengan waras..
deria tak berfungsi dengan baik...
tenaga tak dijana dengan elok...
rajin bertukar jadi malas...
sihat bertukar jadi lemah...
makan tak selera tapi telan je...

bila dah sihat...
makan tak hengat...
pantang semua dah lupa...
kerja tak de nak rehat...

itulah manusia..tak reti bersyukur dan tak reti nak mengingati masa payah
tau nak senang je...

ITULAH AKU..!!

Monday, June 21, 2010

bilakah berakhir..

salam..
lama sungguh tidak menulis disini..sejak2 dua bulan ni kesihatan badan sangat tidak terurus..batuk,selsema dah lama tak baik2.insyaAllah malam ni akan ke hospital buat kali ke berapa ntah..doakan kesihatan ku ye..apa yang nak diceritakan lagi..kewangan pun makin sempit ni macam adnan sempit gak..aku sentiasa mendoakan keluarga kami akan terus kekal bahagia,dimurahkan rezeki selama-lamanya..kadang2 bila pikir2 kesihatan macam ni rasa nak berenti kehe je.tapi tak semudah itu..kalau diri ni jutawan ke,pewaris macam paris hilton tu ke takpela..okla nanti sambung lagi..hajat hati nak wat pie tee tak buat2 lagi..bila agaknya?tunggu jela kemunculannya nanti

Saturday, June 12, 2010

buttered prawn


1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng


250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara:
Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

colourful cupcake




MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

BUTTERCREAM

mentega 250g
krimwell 250g
icing sugar 250g
putih telur 3 bj
esen vanila 1 sudu teh

1)pukul butter & krimwell hingga ringan & gebu
2) masuk sikit2 gula icing & putar hingga sebati
3)campur sikit2 putih telur & pukul rata2 setiap kali selepas masuk
4)bubuh esen vanila & kacau sebati

kalau nak warna lain2,masuk krim yg dah siap dlm mangkuk pastu letak pewarna.kacau rata
pastu bleh letak atas kek yg dah sejuk

potato gratin


ha..ini satu lagi resepi yang best disukai ramai..kawan2 bleh cuba
nama dia potato gratin.cubala kompem anda kan suka

1.Kentang dlm 5 biji sedang2~disagat nipis pakai penyagatla.nak potong pun bleh
2.garlic
3.butter]
4.whipping cream 1 kotak kecik
5.fresh milk dlm 1 stgh cawan
6.garam sikit je

cara2
1.tumis garlic dgn butter
2.masuk sume cream,susu,kentang
3.masak ssampai kentang separuh masak, letsk garam
4.dah kentang separuh masak angkat kentang shj susun dlm dulang pembakar
5.kuah yg tinggal kacau sampai agak2 pekat
6.dah agak pekat tuang atas kentang td,
7.taburla cheese kegemaran anda
8.bakar dlm 20 minit smpai perang n cheese cair

siap!!sedap woo

misi blueberry cheesetart


alhamdulillah,antara impianku dalam dunia ni akhirnya terlaksana iaitu buat sendiri blueberry cheesetart.tak taula dulu rasa macam agak mustahil je nak buat benda tu.tapi dengan sedikit semangat akhirnya jadi jugak cistat tu.siap bisnes lagi sekarang..
ni dia resepi nya aku nak kongsi dengan korang

BAHAN A

200 g tepung gandum
100 g mentega
40 g gula aising
3 sudu makan air sejuk
garam secukup rasa

BAHAN B

250 g krim keju
50 g gula
50 g mentega
1 bj kuning telur

CARA MEMBUATNYA

1. AYAK TEPUNG DAN GARAM KE DALAM MANGKUK.CAMPURKAN GULA AISING
2.KEMUDIAN MASUKKAN MENTEGA DAN GAUL / RAMAS DGN TEPUNG SEHINGGA JD MCM SERBUK ROTI
3.MASUK AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT.GAUL SHGA JD DOH.kalau tak cukup 3 sudu tmbah sikit
4.rehatkan seketika
5.ambil acuan tat bentukkan ikut acu
6.bakar tat slama 10-15 minit dgn suhu 180

FILLING DIA:
-campur BAHAN B dan putar shga sebati
-paipkan atas pastri yg dah sejuk
-hias dgn pes bluberry @ strawberry.

SIAAAPPP!!!kalau taknak masak sendiri..bleh oder dgn adda..hihi

Wednesday, March 24, 2010

muffins ku

hari ni banyak gak saya bawak muffin ke sekolah.alhamdulillah habis semuanya.penat gak semalam tpi memenuhi permintaan kawan2 ku terpaksa gak bakar.dekat pukul 12 baru siap.hari ni rasa macam nak masak kek marble jek

Sunday, March 21, 2010

ujian..dugaan

ujian dan dugaan yang Allah berikan memberi kita petanda bahawa masih banyak dosa kita lakukan.Tuhan bagi kita sedar bahawasanya kita masih perlu bertaubat supaya dosa-dosa kita akan terhapus..bila difikir berat sungguh nak meneruskan hidup ini.tapi bila diingat masa kita senang kadang-kadang kita tak ingat pada Tuhan.masa susah baru teringat.tula agaknya Tuhan tak bagi kita senang. kalau saya ni kaya saya rasa lagi lupa Tuhan agaknya.tapi apa-apapun semua yang berlaku ada sebab musababnya..berusaha jela dan yang pnting berdoa semoga usaha kita mencapai kejayaan.amiinn..

Monday, March 1, 2010

bisnes dari rumah

disebabkan kegawatan sekarang ni..kami berusaha mencari duit lebih.saya dah pening dengan bil yang bertimbun,bayar itu,bayar ini.saat2 macam ni rasa mulala berangan nak jadi jutawanla apala..kenapa la susah sangat nak dapat duit..dapat je duit mengalir macam air..fuh..panjangnye rungutan..so,dengan rendah dirinya saya memulakan operasi bisnes dari rumah..bermula dengan perniagaan tepung kek segera yang alhamdulillah dapat sambutan hangat tu,saya mengorak langkah ke pembuatan muffin aneka perasa.semangat tu datang bila pergi kedai kek tengok macam-macam bahan ada kat situ..rupanya senang je buat kek,muffin,kuih kalau tau caranya.alhamdulillah dengan sekali cuba blueberry muffin saya jadi elok,lembut,gebu.saya pun pikir kalau berniaga muffin ni ok gak.esoknya saya bawa sampel ke sekolah.alhamdulillah lagi ada permintaan.dan..malam tadi bermulala episod pembuat kuih..hari ini alhamdulillah lagi semua muffin yang saya bawak habis dijual...syukur..mungkin nampak tak seberapa tapi manala tau dari apa yang saya buat boleh datang idea lain.cubalah!

Sunday, February 21, 2010

duit sampingan..tepung kek segera

baru-baru dapat lubang baik dari sahabatku di jerantut.alhamdulillah cubaan pertama menjadi rebutan..so sapa2 nak cuba buat kek yg kompem jadi bleh cuba tepung kek edaran kami..ada tepung kek coklat lembap,marble,butter cake,sponge oren n pandan..kami dah try n memang sedap.gambar dia nanti saya upload..kat kampung berebut0rebut orang beli..malam tadi oder lagi 50 bungkus..harap-harap bleh bawak balik kl.

demam lagik..

cuti raya cina baru ni saya cuti seminggu.dan macam biasa kalau cuti sekolah lama sikit je wafi pun mulala mulakan operasi demamnya.ada pro n cons.pro nye kalau demam masa cuti ummi takdela kena amik cuti ke,ngantuk masa keje ke.tapi yang contrasnye..masa cuti nila nak rehat tapi dia demam plak..kali ni bukan demam je ..plus sakit mulut plak.cari gak ulser tu tapi tak nampak.kesian betul tengoknye.masa awal2 tu lagila air liur keluar je.petua nye org kata bagi makanan sejuk2 macam ais krim ke.tapi emmang itu pun yang dimintak.agaknya panas kat dalam.sebab tengok bibir dia pun merah jek.aduyai..mintak2 hari ni dah okla sikit.semalam bolehla makan bubur McD tu kira okla..oh anakku..

Monday, February 8, 2010

nak cari duit lebih

buntu..buntu..buntu..walaupun bergaji tetap namun demikian banyak sangat expenditure tiap2 bulan tu yang memeningkan kepala saya.saya mula berpikir-pikir apa yang perlu saya buat untuk menambah pendapatan kami sekeluarga.nampaknya penulisan blog ni masih belum menampakkan hasil.ada org ajak join fb login tu..tapi tunggula bila hasilnya tak tau lagi..dalam kepala ni ingat nak ajar tuisyen tapi larat ke?ada terpikir gak nak bisnes makan.sebab duk di kondo kan.mesti dorang suka kalau makanan sampai depan pintu.tapi tu semua kita kena pikir risiko,masa dan macam2 lagi.uh!!sangat buntu sekarang

Friday, January 15, 2010

sesak

salam
tau tak..laptop ku ni makin lama makin teruk.banyak betul kekangannya..macamana nak buat?kalau nak repair memang ambik masa yang lama.memang nak beli yang baru tapi sekarang bukan masanya..entah bila masanya pun tak tau.doakan saja perjalanan itu berjaya

Saturday, January 9, 2010

cinta sempurna

Lirik Lagu Cinta Sempurna - Yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

selamat pagi cinta

selamat pagi ahad yang terang di kl ni.semoga hari ni terisi dengan perkara yang baik2 saja.malam tadi banyak kali gak berulang2 ke bilik anak sebab dia asyik dok panggil.suruh tepukla,nak susu la,and last call pagi tadi terus nangis sebab dah bocor.tak kesahla dah keje mak macam tu.tapi saya bangga sebab dia dah berani tido sorang dalam bilik sendiri pada umur 3 tahun!nanti saya ceritakan macamana kisahnya bermula anak terunaku menjadi berani untuk satu perkara

selamat malam~faizal tahir

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Lirik Selamat Malam - Faizal Tahir

salam blog

baru malam ni terasa ingin berblog kembali.setelah blog lama tak boleh log in lagi.tak tau apa masalahnya.semangat untuk berblog kembali datang dari penulis blog hebat kita yang kuar surat khabar baru2 ni.sapa lagi adik kita cik hanis zalikha.kagum dengan dia so i decided to try buat macam dia.manala tau ada rezeki bleh kita menumpang mandi.aik???udah malam ni tersyasyul..ok skrg ni tgh berusaha mengedit apa yg patut so nanti sambung lagik