Monday, August 30, 2010

salam 21 ramadhan..oven baru

dah 21 ramadhan..lagi 9 hari untuk beraya..dan..lagi 3 hari untuk balik kampung..hari nni perjanjiannya nak gi beli oven.dah dekat seminggu survey punya survey akhirnya jumpa yang besar,ok dan murah.bukan sebab saja2 nak beli oven baru tapi oven yg skrg ni memang dah tak elok..kalau setakat mufin,tart bolehla lagi.tapi kalau kek besar memang tak masak la jawabnya.rugi gak kalau ada org nak oder kek tak dapat saya siapkan.alhamdulillah rezeki lebih bulan ni dapatla merasa saya beli oven baru..ni tangah tunggu dua org hero ni tak bangun2 lagi.dengarnya kul 9 nak gi dah.

Saturday, August 28, 2010

buffet ramadan




hari ni kami sekeluarga keluar berbuka puasa ala buffet kat restoran four happy season.bagi saya la yg jarang gi buffet berbuka ni makanannya agak banyak dan sedap..sate dia best betul..lagi sedap dari sate kajang.besar pun bleh tahan n yg paling best kuah kacang dia memang power.(bg diri saya)..ada kambing panggang (ofkos barisan agak panjang sampaikan kami dah nak balik ada lg beratur nak amik kambing tu)..ada ABC,kuih muih yg pelbagai,lauk kampung yg best,nasi jagung,air tebu..Alhamdulillah kenyang sungguh..restoran ni terletak di wangsa maju,bersebelahan dengan NZ curry house.sapa nak gi bleh la kunjungi web restoran ni..
www.4happyseasons.com

Wednesday, August 25, 2010

bonus raya

salam pembuka bicara..
hari ni banyak peristiwa yang menyeronokkan terjadi..pertama HARI GAJI!sapa tak seronok kalau gaji dah dapat..dapat2 plak bulan ni anjakan gaji untuk tahun 2010.ada la lebih sikit...KEDUA..dapat tau plak petang tadi PM kita bermurah hati memberi bonus kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan sebanyak RM500.dan yg paling manis bonus tu diberi sebelum 1 Syawal..Alhamdulillah syukur padamu ya Allah..
tapi saya sedih gak dengan satu lagi rezeki yang belum kesampaian sampai sekarang..lama lagikah?dapatkah?harap-harap apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar tanpa penangguhan yg serius..
akhirnya harap2 kita semua dapat gunakan rezeki yang kita dapat sempena raya ni dengan sebaik mungkin..

Monday, August 23, 2010

crunchy tortila with salad n black pepper chicken n mushroom




inilah hasil untuk menu berbuka hari ni..dah boring makan nasi..try lak menda lain..hasilnya kenyang jugakk..nak resepi?tanya dulula..if ada request saya bagila resepinya

tengah ramadhan

alhamdulillah..salam pembuka bicara
hari ini kami buat satu transformasi..sebelum ni kami pakai broadband celcom..hari ini kami berubah arah pakai p1 w1max..alhamdulillah laju semacam..tapi kita sama-sama tengokla apa akan jadi akan datang..semoga hari-hari setrusnya lancar jugak..macam ni nak download or upload apa2 senang la sikit..
hari ni jugak saya dah mula dengar lagu-lagu raya..menusuk jiwa wa cakap lu..ee..tak sabarnya..tapi kemeriahan raya ni sebenarnya bermula bila kita dah mula shopping..tapi saya tak berkesempatan lagi nak shopping..bukan takde masa tapi takde duit..huhu..
okla,jumpa lagi dilain tinta

Thursday, August 19, 2010

keje..keje..keje

salam pembuka bicara..minggu ni macam-macam terjadi.puasa?Alhamdulillah rasa tahun ni agak kuat walaupun kesihatan tak dela ok sangat.masih batuk walaupun dah lebih 3 bulan kot.on off.hari ni boleh tulis dalam diari sebab kena observe dengan nazir..huhu..terima jela nasibku..Alhamdulillah baru-baru ni dapat sedikit anugerah pengiktirafan la kat sekolah ni.dan anugerah itu akan dapat sedikit imbuhan.tapi yang sedihnya tak taula macmana boleh tersalah no akaun plak yg saya punya..konfius betul la..bulan2 posa ni kalau dapat rezeki lebih memang nak sangat la..seramai 7 orang yg dapat,saya sorang yg tak dapat lagi..adusss.ada hikmah disebalik semua kejadian..huhu..okla tengah wat keje sebenarnya.babai

Saturday, August 14, 2010

ramadhan's planning..

salam ramadhan..hari ni dah 5 ramadhan..lagi 25 hari untuk ke syawal..kalau tengok nombor macam lambat lagi tapi rasanya pejem celik pejam celik jap je tu.tup.tup.dah nak raya nanti..puasa macamna?terawih macamana?baju raya macamana?kuih raya macamana?huhu..banyak nak pikir ni..lebih2 lagi kalau ada keluarga yang besar..saya ada sorang anak ni pun banyak pikir untuk dia sorang.biasa nya mak2 la yang selalu pening pikir pasal2 benda2 ni semua.ayah2 ni biasa rilek je.keluarkan duit je tupun kalau ada duit.hihi..dalam kepala ni dah plan nak beli sikit lagi baju wafi,amik baju melayu mereka berdua,tambah sikit baju kurung saya (ready made),kasut wafi,sandal saya,sandal baba wafi.bayar kuih raya yg dah berjaya ditunjuk dgn kawan2..hihi..apalagi ek?ooo..sijil beranak kereta ku yg sudah sampai untuk di renew..huhu..banyak tul budget yg harus dikeluarkan..satu lagi plan sebelum raya untuk membeli sebuah tabung untuk wafi.pasni duit raya terus masuk dlm tabung.dan lepas tu terus simpan dalam bank.Insyaallah lepas ni nak buat perancangan kewangan yg lebih baik lagi

Tuesday, August 10, 2010

Al~Mubarak

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi..sudah bersediakah kita merebut peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin..bagi sang isteri bersediala untuk memvariasikan menu untuk tatapan sang suami dan anak-anak.bagi yang berniaga masa inilah yang diambil untuk mengaut keuntungan..tapi biarlah mereka jual dengan ikhlas dan tidak mengkhianati kepercayaan para pembeli..dulu pernah mak saya beli air soya dah basi!saya ingat lagi mak saya cakap "khianat la org yg jual ni"..kita yang beli ni mengharapkan selera terbuka masa berbuka dengan air soya tu (saya tak kesah sebab saya anti soya!)..so beringatla wahai peniaga..
pada diri sendiri,semoga ramadhan kali ini memberi saya kerahmatan yang berlipat kali ganda..termakbul segala doa,dimurahkan rezeki berlipat kali ganda lagi..amin..

Sunday, August 8, 2010

hen nite cupcake



ini adalah tempahan istimewa daripada sharmila..rakan sejawat saya khas untuk kawannya yg akan berkahwin..thanks sharm
sesiapa yang berminat untuk tempah yg macam ni bleh kontek saya