Wednesday, March 24, 2010

muffins ku

hari ni banyak gak saya bawak muffin ke sekolah.alhamdulillah habis semuanya.penat gak semalam tpi memenuhi permintaan kawan2 ku terpaksa gak bakar.dekat pukul 12 baru siap.hari ni rasa macam nak masak kek marble jek

Sunday, March 21, 2010

ujian..dugaan

ujian dan dugaan yang Allah berikan memberi kita petanda bahawa masih banyak dosa kita lakukan.Tuhan bagi kita sedar bahawasanya kita masih perlu bertaubat supaya dosa-dosa kita akan terhapus..bila difikir berat sungguh nak meneruskan hidup ini.tapi bila diingat masa kita senang kadang-kadang kita tak ingat pada Tuhan.masa susah baru teringat.tula agaknya Tuhan tak bagi kita senang. kalau saya ni kaya saya rasa lagi lupa Tuhan agaknya.tapi apa-apapun semua yang berlaku ada sebab musababnya..berusaha jela dan yang pnting berdoa semoga usaha kita mencapai kejayaan.amiinn..

Monday, March 1, 2010

bisnes dari rumah

disebabkan kegawatan sekarang ni..kami berusaha mencari duit lebih.saya dah pening dengan bil yang bertimbun,bayar itu,bayar ini.saat2 macam ni rasa mulala berangan nak jadi jutawanla apala..kenapa la susah sangat nak dapat duit..dapat je duit mengalir macam air..fuh..panjangnye rungutan..so,dengan rendah dirinya saya memulakan operasi bisnes dari rumah..bermula dengan perniagaan tepung kek segera yang alhamdulillah dapat sambutan hangat tu,saya mengorak langkah ke pembuatan muffin aneka perasa.semangat tu datang bila pergi kedai kek tengok macam-macam bahan ada kat situ..rupanya senang je buat kek,muffin,kuih kalau tau caranya.alhamdulillah dengan sekali cuba blueberry muffin saya jadi elok,lembut,gebu.saya pun pikir kalau berniaga muffin ni ok gak.esoknya saya bawa sampel ke sekolah.alhamdulillah lagi ada permintaan.dan..malam tadi bermulala episod pembuat kuih..hari ini alhamdulillah lagi semua muffin yang saya bawak habis dijual...syukur..mungkin nampak tak seberapa tapi manala tau dari apa yang saya buat boleh datang idea lain.cubalah!