Tuesday, June 22, 2010

bila dah..

bila dah sakit...
otak takleh berfikir dengan waras..
deria tak berfungsi dengan baik...
tenaga tak dijana dengan elok...
rajin bertukar jadi malas...
sihat bertukar jadi lemah...
makan tak selera tapi telan je...

bila dah sihat...
makan tak hengat...
pantang semua dah lupa...
kerja tak de nak rehat...

itulah manusia..tak reti bersyukur dan tak reti nak mengingati masa payah
tau nak senang je...

ITULAH AKU..!!

Monday, June 21, 2010

bilakah berakhir..

salam..
lama sungguh tidak menulis disini..sejak2 dua bulan ni kesihatan badan sangat tidak terurus..batuk,selsema dah lama tak baik2.insyaAllah malam ni akan ke hospital buat kali ke berapa ntah..doakan kesihatan ku ye..apa yang nak diceritakan lagi..kewangan pun makin sempit ni macam adnan sempit gak..aku sentiasa mendoakan keluarga kami akan terus kekal bahagia,dimurahkan rezeki selama-lamanya..kadang2 bila pikir2 kesihatan macam ni rasa nak berenti kehe je.tapi tak semudah itu..kalau diri ni jutawan ke,pewaris macam paris hilton tu ke takpela..okla nanti sambung lagi..hajat hati nak wat pie tee tak buat2 lagi..bila agaknya?tunggu jela kemunculannya nanti

Saturday, June 12, 2010

buttered prawn


1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng


250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara:
Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

colourful cupcake




MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

BUTTERCREAM

mentega 250g
krimwell 250g
icing sugar 250g
putih telur 3 bj
esen vanila 1 sudu teh

1)pukul butter & krimwell hingga ringan & gebu
2) masuk sikit2 gula icing & putar hingga sebati
3)campur sikit2 putih telur & pukul rata2 setiap kali selepas masuk
4)bubuh esen vanila & kacau sebati

kalau nak warna lain2,masuk krim yg dah siap dlm mangkuk pastu letak pewarna.kacau rata
pastu bleh letak atas kek yg dah sejuk

potato gratin


ha..ini satu lagi resepi yang best disukai ramai..kawan2 bleh cuba
nama dia potato gratin.cubala kompem anda kan suka

1.Kentang dlm 5 biji sedang2~disagat nipis pakai penyagatla.nak potong pun bleh
2.garlic
3.butter]
4.whipping cream 1 kotak kecik
5.fresh milk dlm 1 stgh cawan
6.garam sikit je

cara2
1.tumis garlic dgn butter
2.masuk sume cream,susu,kentang
3.masak ssampai kentang separuh masak, letsk garam
4.dah kentang separuh masak angkat kentang shj susun dlm dulang pembakar
5.kuah yg tinggal kacau sampai agak2 pekat
6.dah agak pekat tuang atas kentang td,
7.taburla cheese kegemaran anda
8.bakar dlm 20 minit smpai perang n cheese cair

siap!!sedap woo

misi blueberry cheesetart


alhamdulillah,antara impianku dalam dunia ni akhirnya terlaksana iaitu buat sendiri blueberry cheesetart.tak taula dulu rasa macam agak mustahil je nak buat benda tu.tapi dengan sedikit semangat akhirnya jadi jugak cistat tu.siap bisnes lagi sekarang..
ni dia resepi nya aku nak kongsi dengan korang

BAHAN A

200 g tepung gandum
100 g mentega
40 g gula aising
3 sudu makan air sejuk
garam secukup rasa

BAHAN B

250 g krim keju
50 g gula
50 g mentega
1 bj kuning telur

CARA MEMBUATNYA

1. AYAK TEPUNG DAN GARAM KE DALAM MANGKUK.CAMPURKAN GULA AISING
2.KEMUDIAN MASUKKAN MENTEGA DAN GAUL / RAMAS DGN TEPUNG SEHINGGA JD MCM SERBUK ROTI
3.MASUK AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT.GAUL SHGA JD DOH.kalau tak cukup 3 sudu tmbah sikit
4.rehatkan seketika
5.ambil acuan tat bentukkan ikut acu
6.bakar tat slama 10-15 minit dgn suhu 180

FILLING DIA:
-campur BAHAN B dan putar shga sebati
-paipkan atas pastri yg dah sejuk
-hias dgn pes bluberry @ strawberry.

SIAAAPPP!!!kalau taknak masak sendiri..bleh oder dgn adda..hihi