
MOIST CHOC. CAKE
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate
BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih
CARA MEMBANCUH ADUNAN :
Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .
Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).
Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
BUTTERCREAM
mentega 250g
krimwell 250g
icing sugar 250g
putih telur 3 bj
esen vanila 1 sudu teh
1)pukul butter & krimwell hingga ringan & gebu
2) masuk sikit2 gula icing & putar hingga sebati
3)campur sikit2 putih telur & pukul rata2 setiap kali selepas masuk
4)bubuh esen vanila & kacau sebati
kalau nak warna lain2,masuk krim yg dah siap dlm mangkuk pastu letak pewarna.kacau rata
pastu bleh letak atas kek yg dah sejuk
No comments:
Post a Comment