Tuesday, August 10, 2010

Al~Mubarak

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi..sudah bersediakah kita merebut peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin..bagi sang isteri bersediala untuk memvariasikan menu untuk tatapan sang suami dan anak-anak.bagi yang berniaga masa inilah yang diambil untuk mengaut keuntungan..tapi biarlah mereka jual dengan ikhlas dan tidak mengkhianati kepercayaan para pembeli..dulu pernah mak saya beli air soya dah basi!saya ingat lagi mak saya cakap "khianat la org yg jual ni"..kita yang beli ni mengharapkan selera terbuka masa berbuka dengan air soya tu (saya tak kesah sebab saya anti soya!)..so beringatla wahai peniaga..
pada diri sendiri,semoga ramadhan kali ini memberi saya kerahmatan yang berlipat kali ganda..termakbul segala doa,dimurahkan rezeki berlipat kali ganda lagi..amin..

Sunday, August 8, 2010

hen nite cupcake



ini adalah tempahan istimewa daripada sharmila..rakan sejawat saya khas untuk kawannya yg akan berkahwin..thanks sharm
sesiapa yang berminat untuk tempah yg macam ni bleh kontek saya

Saturday, July 31, 2010

Afgan - PadaMu Kubersujud

A.H.A.D

salam..
hari ahad yang bosan datang lagi..suami kerja,anak 2 minggu sekali balik kampung..tinggal la mak nye sorang2 kay rumah tanpa kereta,hanya berbekalkan dua kaki,duit ada la sikit..nak buat apa??duk je la kat rumah..kemas apa yang patut..lap mana yang habuk..huhuhu..bosan sungguh..tapi sebenarnya hari ni saja la kalau nak rehat betul-betul pun..hari lain dah banyak kerja bising plak penat..mmm begitula lumrah manusia..asyik merungut je tau..terima jela apa pun yang terjadi pada diri kita..so,apa nak buat hari ni?pikir!pikir!pikir!..oo..malam ni wafi (my son) dinner kat hotel..ummi dia kat KL ni makan megi je kot..malas nak masak n kuar beli makanan.

Kentang daging keju

Bahan-Bahan:
Beberapa biji kentang(direbus)
daging cincang(sudah dimasak)
Sedikit mentega
keju mozarella
Cara:
Apabila kentang sudah direbus,belah dua dan korek tengahnya.Kemudian sapukan mentega di atasnya.Selepas itu,letak daging yg sudah dimasak ke dlm kentang itu.Baru taburkan keju ke atas daging. Bakar kentang itu selama 5-10 minit.

Grilled fish n chips

sekeping filet ikan tenggiri/ikan kod
1 sudu olive oil
serbuk lada hitam
air serai
serbuk bawang putih
segenggam cip kentang besar(beli)
bahan sos

5 sudu besar mayonis
daun celery( cincang)
serbuk paprika
1 sudu air lemon

Cara:
perap filet dengan olive oil, lada hitam air serai dan serbuk bawang putih.sebaik-baiknya 1 mlm. panggang filet di atas aluminium foil (kalau bbq) atau panggang dalam flat frying pan(non-stick).
bagi cip kentang, deep fry. bahan sos pula digaul bersama hingga sebati.
Cadangan Hidangan:
boleh gantikan cip kentang dengan mashed potato.
Tambahan:
cuba masak, rasa dan hantar komen.

cheesy baked mushroom

Bahan-Bahan:
Cendawan Tiram (Bersaiz besar)- 250 gram
Bawang Putih 5 ulas
Biji Lada Hitam 20 butir
Garam Secukur rasa
Mentega 1 sudu besar
Keju Cheddar/Parmesan (shredded)
Sedikit Minyak Sayuran
Sedikit Susu Tepung
Cara:
1.Tumbuk bawang putih bersama biji lada hitam dan ketepikan
2.Sapukan mentega di atas loyang
3.Susun cendawan tiram di atas loyang yang telah disapu mentega tadi dengan teratur
4.Taburkan Garam ke atas cendawan
5.Taburkan bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi ke atas cendawan tersebut.
5. Taburkan sedikit keju cheddar/parmesan (shredded) berserta susu tepung ke atas permukaan cendawan tersebut.
6. Renjiskan minyak sayuran ke atas cendawan ini.
7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar dengan suhu kira-kira 160 C selama 10 minit.