Wednesday, July 28, 2010

birthday oreo cupcake




akhirnya siap juga walaupun kekeringan idea..thanks to eda madiha yg sudi mempercayai hasil kerastangan saya

Sunday, July 25, 2010

mencari ilham

apa nak wat untuk harijadi suami kawan ni?dia mintak cupcake tapi pandai2 la akak buat macamana...huhuhu..jenuh aku yg tak terrer ni nak ilhamkan kek macamana..Ya Allah berila ilham kepadaku untuk memudahkan proses nak menyiapkan kek tu..
hari ni jugak dalam masa sejam lagi nak memulakan projek strawberry muffin untuk kak lin plak..ni pun dah tertunggak seminggu sebab diorang satu family demam...insyaAllah esok aniq dapatla makan muffin ye..nway happy belated birthday aniq

Saturday, July 17, 2010

lawatan rumah kebajikan

hari ni saya mengikuti lawatan sekolah ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah,Cheras..kami pergi dalam 2 bas.cikgu 5 org.setelah berbagai rintangan dan hampir cancel saat skhir.tak tau la sapa yang dengki tak suka kami datang dah buat fitnah macam2 supaya kami cancel lawatan kami..aduss..kejamnya sungguh hatimu wahai pendengki.akhirnya kawan kami yakni penyelaras program call terus pada pengarah JKM Malaysia..rupa-rupanya tak de apa yg terjadi seperti yg diperkatakan.dan akhirnya kami sampai pagi tadi..17/7/2010~Sabtu .
aktiviti yg dijalankan agak terhad sebab diorang ada pekerja.yela sebab rumah tu under gomen..bukan hak persendirian.kanak2 kat situ pun makan mewah kalah kita kot.tapi saya sempat dengar beberapa cerita budak2 kat situ sangat sedih ceritanya..macam2 nasib yg kena kat diorang.bersyukur seadanya kita yang masih hidup bahagia..
saya sempat mengintai satu bilik khas yang menempatkan bayi.mungkin dari lahir sampai 2 tahun..Ya Allah..menitis air mata saya.sayunya hanya Tuhan sahaja yang tahu.lebih kurang 40 orang bayi kat situ.macamana hidup mereka tanpa kasih sayang ibu ayah.macamana kita yang dah jadi ibu ni menjaga anak dalam pantang macam menatang minyak yg penuh..tapi mereka kat situ tak dapat semua tu.pekerja yang ada pun tak cukup kalau nak jaga semua macam seorang ibu bagi pada anaknya sendiri.yang sedih bayi2 yang baru lahir.sedih!...sangat sedih.setiap kali saya tengok saya akan menangis..dalam jam 11 kami berangkat pulang setelah buat sedikit gotong royong.terima kasih pada pelajar yang memberikan kerjasama.terima kasih kepada penyelaras program..kak suzana,kak harlini,kak asiah dan kak yati

Tuesday, July 13, 2010

FRUIT TARTLET


taraaaa!!!inilah hasilnya..satu lagi impian jadi kenyataan..fruit tartlet ni first time aku hasilkan.first time buat just untuk perasmian minggu kemanusiaan kat sekolah..
pastry dia sama je resepi macam buat cheesetart tu..filling dia letak cream custard..then letak sahaja buah-buahan yang anda suka..yang ni saiz besar saya jual dengan harga rm2.20 sebiji..yg kecik saiz syiling 50sen saya jual rm0.80 sebiji..
HAPPY COOKING

Saturday, July 10, 2010

anniversary cuppies







ni gambar2 yg boleh dikatakan first tim buat 4 sale..thanks to nurhasniza kumaruzzaman yg oder.yg telah mengetest kebolehan ku..insyaAllah lepas ni aku buat yg lebih havoc..masa ni masa suntuk..fondant yg aku uli tak jadi plak..inilah hasilnya
gambar yg pertama tu tepung g lebih aku buat small cuppies bagi kengkawan makan

Tuesday, June 22, 2010

bila dah..

bila dah sakit...
otak takleh berfikir dengan waras..
deria tak berfungsi dengan baik...
tenaga tak dijana dengan elok...
rajin bertukar jadi malas...
sihat bertukar jadi lemah...
makan tak selera tapi telan je...

bila dah sihat...
makan tak hengat...
pantang semua dah lupa...
kerja tak de nak rehat...

itulah manusia..tak reti bersyukur dan tak reti nak mengingati masa payah
tau nak senang je...

ITULAH AKU..!!

Monday, June 21, 2010

bilakah berakhir..

salam..
lama sungguh tidak menulis disini..sejak2 dua bulan ni kesihatan badan sangat tidak terurus..batuk,selsema dah lama tak baik2.insyaAllah malam ni akan ke hospital buat kali ke berapa ntah..doakan kesihatan ku ye..apa yang nak diceritakan lagi..kewangan pun makin sempit ni macam adnan sempit gak..aku sentiasa mendoakan keluarga kami akan terus kekal bahagia,dimurahkan rezeki selama-lamanya..kadang2 bila pikir2 kesihatan macam ni rasa nak berenti kehe je.tapi tak semudah itu..kalau diri ni jutawan ke,pewaris macam paris hilton tu ke takpela..okla nanti sambung lagi..hajat hati nak wat pie tee tak buat2 lagi..bila agaknya?tunggu jela kemunculannya nanti